top of page

Platinum Gesture Hajj Package 1438H/2017

PAKEJ TERMASUK:-

 

  1. TIKET PENERBANGAN KUL-MED-/-JED-KUL  ATAU KUL-JED-/-MED-KUL

  2. SAJIAN MAKANAN – (Buffet 3 kali sehari). Minuman panas dan sejuk disediakan 24 jam.

  3. PEMBIMBING – Mutawif dan Guru Agama (bimbingan berterusan oleh Guru Agama yang berpengalaman dan bertauliah)

  4. KURSUS HAJI – Kursus Intensif Haji di Tanah Air sebelum berangkat ke Tanah Suci.

  5. UMRAH – mengikut kekuatan fizikal para jemaah

  6. CENDERAHATI – Beg Pakaian Besar Beroda, Beg Sandang, Kain Ihram , Kain Telekung, Buku Panduan Haji & Umrah yang mudah difahami oleh golongan tua dan muda.

  7. ZIARAH – Ziarah sekitar Kota Madinah & Kota Makkah.

  8. SKIM INSURAN – Disediakan

  9. PETUGAS – Petugas yang berpengalaman dalam mengendali pengurusan Haji dari Malaysia dan tempatan di Saudi Arabia.

  10. ARAFAH & MINA – Khemah, makanan/minuman dan kenderaan disediakan oleh pihak Muassasah Asia Tenggara.

  11. LAIN-LAIN –Perubahan tarikh balik (awal) diuruskan atas permintaan dengan dikenakan bayaran tambahan seperti bayaran hotel, pengangkutan dan makanan mengikut caj semasa. Perkhidmatan kerusi roda bagi jemaah yang kurang upaya disediakan untuk Tawaf / Saie (harus membuat permintaan sewaktu berdaftar & perlu tenaga tolak sendiri). Jemaah yang tua, uzur dan sakit akan diberikan bantuan penghantaran ke klinik / hospital.   

!! PERHATIAN !!

HARGA PAKEJ HAJI INI TERMASUK BAYARAN HAJI 1438H SEBANYAK MYR 9,075.00 YANG AKAN DIDEBIT OLEH TABUNG HAJI DARIPADA AKAUN JEMAAH HAJI DI TABUNG HAJI

TERMA & SYARAT:-

 

  1. SYARAT PENDAFTARAN HAJI DENGAN PAKEJ PLATINUM GESTURE TRAVEL & TOURS SDN BHD

    1. Jemaah telah mendaftar haji dengan Lembaga Tabung Haji (TH) sekurang-kurangnya 7 tahun.

    2. Jemaah yang telah berdaftar pada tahun 2009 layak untuk membuat rayuan.

    3. Bagi Jemaah berstatus rayuan, peluang untuk mendapat tawaran terpilih tertakluk kepada kelulusan oleh pihak TH.

 

  1. PENGESAHAN PENDAFTARAN

    1. Borang Pendaftaran Haji PGTT 1438H hendaklah diisi dengan lengkap & sewajarnya.

    2. Kemukakan Salinan Slip Pendaftaran Haji (yang dikeluarkan oleh pihak TH).

    3. Isikan ruangan maklumat waris dengan lengkap untuk mudah dihubungi jika berlaku sebarang kecemasan.

    4. Sertakan 2 keping gambar berlatar belakang warna putih (sila catitkan nama dan No. K/P di bahagian belakang gambar).

 

  1. MENGISI BORANG PENDAFTARAN HAJI PGTT 1438H

    1. Bakal Jemaah Haji hendaklah mengisi Borang pendaftaran Pakej Haji Platinum Gesture Travel & Tours Sdn Bhd 1438H.

    2. Borang Pendaftaran Haji PGTT 1438H hendaklah diisi serta turunkan Cap Ibu Jari Kiri serta tandatangan di ruangan yang disediakan sebagai tanda perakuan dan memahami segala syarat-syarat penerimaan tawaran pakej dengan menggunakan inkpad warna hitam sahaja. Mana-mana pihak tidak dibenar untuk meletak cap jari bagi pihak Jemaah Haji yang tidak dapat hadir semasa pendaftaran dibuat sama ada suami/isteri/ayah/ibu/saudara-mara dan lain-lain termasuk pegawai yang menerima pendaftaran Jemaah.

 

  1. KADAR BAYARAN PAKEJ HAJI PJH PLATINUM GESTURE TRAVEL & TOURS

    1. Setiap bakal Jemaah Haji bertanggungjawab mencukupkan Bayaran Haji pada kadar Bayaran Haji Jemaah Haji Muassasah terlebih dahulu sebanyak RM10, 000.00 sebelum 29 Syaaban 1438H bersamaan 26 MEI 2017.

    2. Bagi Jemaah yang telah menerima surat tawaran (terpilih dari TH) bayaran pendahuluan (deposit) RM5,000.00 hendaklah dijelaskan ke dalam akaun bank kami semasa pendaftaran, sementara bayaran penuh pakej hendaklan dijelaskan sebelum 29 Syaaban 1438H atau lebih awal dari itu.

 

  1. JADUAL PENERBANGAN HAJI

    1. Jadual penerbangan Jemaah Haji (PJH) akan dikeluarkan setelah mendapat pengesahan dari TH.

    2. Bakal Haji tidak dibenarkan (oleh pihak TH) memilih tarikh penerbangan sendiri.

 

  1. MENARIK DIRI DARI PAKEJ PLATINUM GESTURE TRAVEL &TOURS KE PJH LAIN / TH MUASSASAH

    1. Bakal Jemaah Haji yang telah membuat pengesahan penerimaan tawaran perkhidmatan Haji pakej Platinum Gesture Travel & Tours tidak dibenarkan untuk menarik diri atau menyertai Pakej Haji syarikat lain untuk mengikuti kaedah TH Muassasah.

    2. Jika Bakal Jemaah Haji menarik diri untuk membatalkan pemergian ke Tanah suci tanpa alasan munasabah setelah borang Borang Pendaftaran Haji PGTT 1438H disahkan oleh pihak TH, pihak Platinum Gesture Travel & Tours akan mengenakan penalti/Kos Operasi yang akan diputuskan oleh pihak Lembaga Pengarah Platinum Gesture Travel & Tours Sdn Bhd.

NO. AKAUN BANK ISLAM: 1403-201009-6644

PLATINUM GESTURE TRAVEL & TOURS SDN BHD

  1. PGTT HAJJ PACKAGE 1438H/2017

  2. PGTT HAJJ REGISTRATION FORM

bottom of page